Tuesday, August 25, 2009

Abang bertunang

Salam..

Baru-baru ni adik oTam, Shahlan atau lebih dikenali sebagai Abang
telah melangsungkan hari pertunangannya dengan Nurul Ain bertempat
di Sungai Ramal, Kajang.

Hari
perkahwinan telah ditetapkan akan berlangsung selewat-lewatnya
pada bulan Jun 2010 atau lebih awal dari tu.
Wang hantaran adalah RM10,000.
Memandangkan ada seorang kakak Ain tu yang belum kahwin, dipersetujui
bahawa pihak lelaki hendaklah menyediakan sepersalinan dan sebentuk cincin
sebagai hadiah kepada kakak bakal pengantin perempuan sebagaimana yang
diminta oleh pihak perempuan.







0 komen: