Megat Asyraf bin Rostam Affendi
Salam..
Seorang bayi lelaki telah selamat dilahirkan di Hospital Serdang
pada jam 1.01 tengahari dengan berat 3.13kg oleh ibunya
Ungku Hazwani dengan kaedah bersalin biasa.
Ibunya mula berasa sakit pada awal pagi 20 Jun (Sabtu)
iaitu sehari awal berbanding 'due' sebenar iaitu 21 Jun.
Ibunya dapat mengesan kehadiran lendir yang keluar ketika
mandi yang disyaki air ketuban.
Terus buat keputusan untuk ke hospital Serdang.
Sampai di hospital dalam pukul 10 pagi dan ibunya terus
dibawa masuk ke ruang penilaian untuk diperiksa doktor.
Pukul 11.50 pagi ibunya keluar dari bilik penilaian dan terus
dibawa ke bilik bersalin.
Ketika itu bukaan adalah 5cm.
Jam menghampiri pukul 1 tengahari bapa mendapat panggilan
untuk masuk ke bilik bersalin.
Ketika bapanya masuk ke Bilik Bersalin 15, ibunya sedang
mengerang kesakitan sambil dipantau jururawat.
Ketika itu separuh badan bayi telah pun keluar.
Dalam masa seminit je bapanya masuk ke bilik bersalin,
bayi telah selamat dikeluarkan sepenuhnya.
Selesai sahaja bayi tersebut dibersihkan oleh jururawat,
bapanya memperdengarkan azan buat pertama kalinya
ke telinga kanan bayi tersebut.
Insya-Allah, bayi yang dilahirkan tersebut akan
dinamakan Megat Asyraf.
Gambar-gambar sejam selepas dilahirkan.




5 komen:
tahniah otam n family...... meriah raya thn ni!!
tahniah! dah sepasang dah.
moga sihat hendaknya ibu dan anak.. :D
Terima kasih..
Alhamdulillah setakat ni kedua-duanya sihat..
tahniah!
Salam..
Tahniah 4 wani n suami atas kelahiran baby..moga mjd ank soleh n solehah..
From..
Zu ex-SMD polisas
Post a Comment